Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Literasi Teknologi Bantu Malaysia Menuju Dekad Keemasan Digital – Fahmi

By 27 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Seman Wan Bedollah/Azmi Abd. Rahman (Machang)

MACHANG, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Memanfaat kemahiran teknologi digital oleh golongan mahasiswa dan rakyat mampu menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia sekali gus membolehkan negara menuju Dekad Keemasan Digital dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil, berkata pelbagai inisiatif telah dilakukan termasuk ‘Kempen Saya Digital’ sebagai persiapan kemahiran pendigitalan dalam kalangan rakyat seterusnya memperkasakan ekonomi digital terutama golongan B40, usahawan, warga emas, pelajar dan komuniti.

Fahmi berkata demikian semasa merasmikan Program Digital@KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sejak September tahun lalu KKD telah mengagihkan sebanyak 381,251 tablet ke seluruh negara menerusi inisiatif Peranti Siswa bagi melancarkan proses pembelajaran terutama dalam kalangan golongan B40.

“Setakat ini sebanyak 24,525 tablet telah diagihkan di Negeri Kelantan dan seramai 29,609 yang dikenal pasti layak menerima inisiatif Peranti Siswa yang diterajui oleh KKD,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab. Hamid, Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda