Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

MDKP Sentiasa Utamakan Persekitaran Lestari dan Mampan

By 13 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Unit Media MDKP

KUALA PILAH, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Penghijauan kawasan komuniti setempat dilihat sebagai satu usaha berterusan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) seiring dengan Program Local Agenda (LA21) yang menekankan persekitaran yang lestari dan mampan.

Menurut Setiausaha Majlis Daerah Kuala Pilah Amin Jamail Thamimul Ansar, program LA21 merupakan inisiatif berterusan MDKP bersama komuniti dan pihak swasta dalam mengekalkan status daerah Kuala Pilah sebagai bandar hijau, bahagia dan mampan.

“Penglibatan komuniti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para penduduk supaya memelihara alam sekitar termasuk menjaga kebersihan persekitaran kita.

“Di samping itu, kita juga telah melaksanakan aktiviti lari kutip (ploging) iaitu mengutip sampah sambil kita beriadah,” katanya di sini baru-baru ini.

Program yang dilaksanakan di Dataran Kuala Pilah ini menyaksikan sebanyak 14 batang pokok daripada beberapa spesies antaranya ialah Syzygium gratum, Cratoxylum cochinchinensis dan Hopea odorata telah ditanam dan akan turut diperluaskan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti oleh Unit Landskap MDKP.

Turut hadir Ahli-ahli Majlis MDKP, wakil Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Pilah, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah, SWCorp Kuala Pilah, McDonald’s Kuala Pilah, SWM Environment Kuala Pilah, Pengerusi MPKK Kampung Gemuroh dan barisan kepimpinan komuniti tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda