Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pendekatan Agama sebagai Tunjang Pemulihan Penyalahgunaan Dadah

By 13 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Agama adalah tunjang kehidupan dan sebagai agen pelindung untuk mencegah daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti penyalahgunaan dadah.

Menurut Imam Tua Masjid Ubudiyyah Mukim Belimbing Haji Mohd Shaipudin Mohd Zin, 53, pendekatan agama merupakan benteng dan penghalang kepada kemungkaran.

“Agama adalah senjata utama untuk mencegah dari terjebak kepada perkara buruk dan kemusnahan hidup.

“Melalui pendekatan agama yang disampaikan kepada bekas-bekas penagih diharapkan mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan, ” katanya di Program Psikopendidikan dan 12 Langkah Pencegah Penyalahgunaan Dadah anjuran Jawatankuasa Masjid Ubudiyyah Mukim Belimbing dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), di sini semalam.

Menurut Pegawai Unit Pemulihan dan Pendidikan AADK Tanah Merah Nik Anisah Jusoh program yang disertai 50 bekas penagih dadah itu bertujuan memberi kesedaran dan meningkatkan nilai moral jati diri kepada bekas penagih supaya mereka yang terlibat dapat dipulihkan.

“Ini langkah pertama untuk memberi rawatan dan pendidikan agama kepada mereka yang terjerumus dengan penyalahgunaan dadah.

“Semoga kesilapan dan kesalahan mereka tidak berlaku lagi pada masa akan datang serta tiada kes berulang selepas ini,” katanya.

Seorang peserta Wan Norazizi Wan Yusuf, 42, yang juga ibu kepada tiga orang anak dari Jalan Kubor, di sini bersyukur atas penganjuran program pemulihan ini.

“Saya sudah mengikuti program pemulihan dadah selama satu tahun dan banyak manfaat diperolehi.

“Kini saya lebih sihat dan cergas, bertenaga untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda