Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

MMW23: Komited ke Arah Perkapalan Hijau

By 20 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Muhamad Hafizuddin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Malaysia Maritime Week 2023 (MMW23) bertemakan ‘MARPOL at 50 – Komitmen Kami Berterusan’ membuka tirai hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Program anjuran Jabatan Laut Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia (MASA) itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

“Penganjuran MMW23 mencerminkan kepentingan menyokong peralihan industri maritim kepada perkapalan hijau ke masa depan yang lebih lestari selaras tema Maritim Sedunia IMO bagi tahun 2023, iaitu MARPOL at 50 – Komitmen Kami Berterusan.

“Sektor perkapalan berperanan penting dalam perdagangan antarabangsa, di mana 80 hingga 90 peratus daripada perdagangan global berlaku melalui aktiviti perkapalan. Aktiviti perkapalan antarabangsa ini menyumbang kira-kira tiga peratus daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau (GHG) global,” katanya.

Menurut Hasbi lagi melalui pameran inovasi maritim, penyelidikan, dan pembangunan operasi perkapalan hijau, MMW23 bertujuan untuk membawa komuniti maritim ke arah perkapalan hijau yang lebih mampan.

“Platform MMW23 juga menggabungkan pemain industari tempatan dan luar negara berkongsi memberi tumpuan kepada peralihan tenaga perkapalan dan komitmen Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO) dalam melindungi dan memelihara alam sekitar,” katanya.

MMW23 berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 22 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda