Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanVideo

Dari Peminat ke Pemilik Perahu Lumba dan Pengurus Pasukan, ‘PERAUK LUMBAK’

By 28 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Florence Anak Sebastian Unting

SARATOK, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Sejak usia muda, Basiron Haji Mili, 59, dan dikenali sebagai Cut meminati sukan air Regatta atau lumba perahu. Beliau terpesona dengan kelajuan, kecekapan, dan semangat persaingan yang terserlah dalam lumba perahu.

Minatnya tidak terhad kepada aspek menarik dalam sukan ini, tetapi juga pada semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh para peserta lumba perahu.

Dalam perjalanan mengejar impiannya, Basiron menghadapi pelbagai cabaran. Namun, beliau tidak membiarkan cabaran dan rintangan meruntuhkan semangatnya. Dengan impian dan usaha gigih, beliau akhirnya berjaya dan mampu memiliki ‘perauk lumbak’ sendiri. ‘Perauk lumbak’ dalam bahasa Sarawak yang bermaksud perahu lumba.

Tidak puas hanya menjadi pemilik perahu lumba, Basiron ingin berkongsi semangat dalam sukan air lumba perahu dengan golongan tua dan muda khasnya, agar generasi muda bergiat dan berkecimpung dalam bidang sukan air ini. Beliau memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan lumba perahu yang terdiri daripada pemuda-pemuda di kampungnya yang juga bercita-cita untuk terlibat dalam perlumbaan lumba perahu. Semangat jiwa besar Basiron berjaya membentuk pasukan yang diberi nama Lanun Dinara Cut (LDC)

Kejayaan Basiron adalah hasil usaha gigih dan semangat tidak mengenal penat lelah. Dari seorang peminat sehingga berjaya memiliki perahu lumba dan sebagai pengurus pasukan Lanun Dinara Cut (LDC) sudah semestinya berazam tinggi untuk meraih gelaran Raja Sungai dalam acara sukan lumba perahu suatu hari nanti, “Cut Terus Pecut”.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda