Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerakVideo

Pengoperasian Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) di SK Pos Bersih, Muallim

By 9 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/video: Mohamad Faizzad/Azhar Mat Isa (Muallim)

TANJUNG MALIM, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Pengoperasian Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) dilihat mampu menangani masalah keciciran pelajar dalam kalangan Orang Asli.

Sekolah ini merupakan salah satu model sekolah yang hanya dilaksanakan di sekolah pedalaman dengan menawarkan pembelajaran peringkat menengah rendah iaitu tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

Ini bermakna sekolah tersebut bukan sahaja mempunyai kelas dari darjah satu hingga darjah enam tetapi turut ditambah ke sesi tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

Rasional sekolah K9 ini diwujudkan adalah bagi mengatasi masalah murid yang tidak mahu meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah ekoran jarak rumah ke sekolah yang jauh dan masalah kewangan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda