Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMASelangor

Rozana Terbitkan Buku 9 Wanita Inspirasi Permatang

By 16 Jun 2023Jun 20th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Luqman Hakim/Dhaifanzufar Dazuka (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor berjaya melahirkan ramai usahawan dalam kalangan wanita memberi inspirasi kepada Rozana Zainal Abidin untuk menerbitkan buku bertajuk 9 Wanita Inspirasi Permatang.

Rozana yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, berkata ramai usahawan berjaya dilahirkan di Selangor hasil program yang telah dilaksanakan kerajaan negeri.

“Selangor merupakan negeri yang kaya dan mampu menyediakan pelbagai bantuan seperti Dana Usahawan Mikro Selangor, Hijrah Selangor serta beberapa inisiatif lain yang berjaya mengangkat martabat khususnya kaum wanita.

“Banyak wanita yang berjaya meningkatkan taraf ekonomi dan menjadi usahawan yang berjaya serta menjadi contoh kepada masyarakat bahawa usaha dalam memanfaatkan bantuan yang diberikan mampu mengubah dan menaik taraf kehidupan,” katanya

Menurutnya, beliau mengambil inisiatif menerbitkan buku tersebut bagi memberi panduan kepada orang ramai untuk turut sama menjadi usahawan.

“Buku ini saya hasilkan supaya masyarakat menjadikan wanita-wanita ini sebagai contoh dan teladan agar memanfaatkan bantuan yang disediakan kerajaan negeri untuk mengembangkan perniagaan daripada kecil-kecilan sehingga menjadi usahawan yang berjaya,” katanya ketika berucap dalam majlis minum lewat petang sempena pelancaran buku berkenaan di Vi Boitique Hotel, di sini semalam.

Turut hadir Felo Institut Kajian Pilihanraya dan Pemajuan Demokrasi Universiti Selangor (UNISEL) Dr Ng Ming Yip, Pengarah Institut Kajian Pilihanraya dan Pemajuan Demokrasi UNISEL Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh serta Pengarah Pusat Pengajian Siswazah Universiti Islam Selangor Prof Madya Dr Hairol Anuar Mak Din.

-ZS-

Tinggalkan komen anda