Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Lum Kian Seng Wira Sejak 1988

By 15 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Anak jati Kuala Lumpur, Lum Kian Seng, 71, dianugerahkan sebagai Tokoh Penderma sempena Sambutan Hari Penderma Darah 2023 Peringkat Kuala Lumpur.

Lum telah mula menderma darah dengan konsisten sejak tahun 1988 dan menjadi sebagai penderma apheresis sejak tahun 2000 sehingga beliau mencecah umur yang maksimum 70 pada tahun lalu.

Beliau telah merekodkan pendermaan darah sebanyak 356 kali.

“Bapa saya ada penyakit lemah jantung dan perlu mengambil ubat cair darah. Pada tahun 1986, beliau tercedera sehingga kehilangan banyak darah dan dimasukkan hospital, memerlukan dua beg darah.

“Dari masa itu, saya menyedari betapa pentingya darah untuk menyelamatkan nyawa. Mulai tahun 1988, semasa saya di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang dikenali Universiti Putra Malaysia) saya menjadi penderma darah utuh sehinggalah saya mencecah umur maksimum.

“Kalau hari ini saya boleh derma, saya akan derma lagi. Sebab saya suka menolong orang,” kata Lum yang telah menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat tanpa mengharapkan sebarang balasan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda