Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/Ashikin Mustafa
KOTA TINGGI, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 50 keluarga asnaf dan 17 keluarga terjejas banjir di Kampung Lukut menerima kit bantuan daripada Yayasan Sayang Mutiara (YSM) berupa barangan dapur dan wang tunai.
Menurut salah seorang penerima, Soyah Lawang, 74, dia bersyukur kerana bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban penduduk kampung.
“Saya berterima kasih kepada pihak YSM kerana sudi memberi bantuan kepada kami penduduk kampung ini. Semoga banyak lagi pihak di luar sana yang dapat membantu kami di sini,” ujarnya.
Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Pengerusi YSM merangkap Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mutiara Motor Datuk Ahmad Kemin di Dewan Semerah Padi, Kampung Lukut, di sini baru-baru ini.
Ketua Kampung Lukut Amran Saari, berkata banjir yang melanda Mac lepas telah merosakkan sebahagian besar rumah penduduk di kampung ini dan kampung-kampung yang berhampiran.
“Kampung Lukut tidak pernah dilanda banjir yang begitu teruk sebelum kejadian pada Mac lalu.
“Justeru itu, bantuan yang disalurkan pelbagai pihak dari agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan amat dialu-alukan bagi meringankan beban penduduk kampung,” katanya.
-ZS-
Asalamualaikum.. Boleh saya tahu kawasan kampung tembioh, Kota Tinggi.. belum dapat lagi ke? Sebab saya merujuk pejabat daerah.. Belom dapat lagi.. Boleh saya tahu kawasan sini bila dapat bantuan nya….
Wsalam.. Untuk makluman puan, pihak kami tidak terlibat dalam semua urusan bantuan tersebut. Pihak puan perlu membuat rujukan semula ke pejabat daerah tersebut. Terima kasih.