Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

200 Pokok Bakau Ditanam Sempena Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa

By 27 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Norman Buang

MUAR, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 200 pokok paya bakau telah ditanam ketika Program Melestari Paya Bakau di Titian Bakau Parit Kassim sempena Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa, di sini semalam.

Pegawai Pejabat Pendidikan Islam Daerah Muar Haji Fuad Osman, berkata pokok yang telah ditanam di sekitar kawasan Bakau Parit Kassim Laut itu adalah untuk menyokong usaha komuniti menjaga kawasan paya bakau serta memberi pengalaman baru kepada para guru dalam program bersama komuniti.

“Selain mengekalkan kawasan paya bakau sebagai sumber penting dalam ekosistem paya bakau, penanaman ini turut membantu Komuniti Bakau Parit Jawa menanam anak pokok bakau yang telah disemai di Nurseri Komuniti Bakau sejak tahun lepas,” katanya.

Katanya lagi, pada masa yang sama, pihaknya turut mengadakan aktiviti menyemai benih beberapa spesis bakau seperti bakau minyak, bakau kurap, nyireh dan tumu merah.

Menurut Penghulu Mukim Parit Jawa Mohd Afezan Yahya, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan aktiviti ini bagi tujuan mengekalkan dan memulihara paya laut dan persisiran pantai khususnya di Mukim Parit Jawa, seiring dengan inisiatif Komuniti Rendah Karbon di Daerah Muar.

“Program yang dilaksanakan itu juga adalah kesinambungan Program Kelestarian (Sustainability Program) Kelab Komuniti Bakau Parit Jawa yang telah dilaksanakan sejak tahun 2022,” ujarnya.

Program tersebut telah disertai oleh seramai 40 orang guru dari sekolah agama dalam Zon Parit Jawa.

Turut hadir Penghulu Mukim Parit Jawa Mohd Afezan Yahya, Wakil Pegawai Perhutanan Daerah, Timbalan Pengerusi Guru-Guru Zon Parit Jawa Normah Jaafar dan Pengerusi Kelab Komuniti Bakau Parit Jawa Musa Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda