Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)
SEGAMAT, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Program Korban Perdana Madani Parlimen Sekijang anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Sekijang yang diadakan di Masjid An-nur Felda Medoi, di sini kelmarin disambut meriah melibatkan 13 ekor lembu sumbangan Jakel, Kulim, Suadara Khuzzan dan pejabat Ahli Parlimen Sekijang.
“Walaupun hari ini (Jumaat) merupakan hari kedua umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, tetapi semangat menyebarkan syiar di samping mengikat lagi ukhuwah umat Islam terutama yang berada di kawasan Parlimen Sekijang.
“Seramai 50 petugas terdiri daripada 18 buah kampung dan lima buah FELDA dalam kawasan Parlimen Sekijang hadir membantu bagi kerja-kerja menyembelih, melapah, memotong dan mengedar daging,” kata pengarah program Abd Nawab Mohamed.
Menurut Ahli Jawatankuasa Komuniti Madani Lubok Batu Noor Azrina Kenedy, 36, ini adalah pengalamannya yang pertama menyertai ibadah korban.
“Pengalaman ini sangat berharga dan tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.
“Program sebegini perlu diteruskan dari tahun ke tahun bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara pemimpin dan masyarakat serta membina semangat perpaduan di antara satu sama lain,” ujarnya.
Turut hadir Menteri Kesihatan Malaysia Dr Zaliha Mustafa, Pegawai Kesihatan Segamat Dr Zaid Kassim, Ketua-ketua Kampung Parlimen Sekijang dan Ketua-ketua Komuniti Madani Daerah Segamat.
-ZS-