Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Cakna Bahaya Penipuan dalam Talian

By 7 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid

REMBAU, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Isu penipuan dalam talian atau ‘scammer’ adalah perkara serius yang boleh menjadi barah dalam masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata masyarakat perlu cakna dengan bahayanya penipuan dalam talian.

“Sebagai perkongsian, pengalaman ibu saya sendiri yang menjadi mangsa penipuan dengan kerugian wang ribuan ringgit. Perkara ini sememangya merupakan perkara yang serius dan perlu ditangani serta diambil perhatian.

“Bagi mereka yang berasa dirinya telah terjerumus dalam perkara ini, dinasihatkan supaya terus melaporkan ke Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997,” katanya dalam ucapan Perasmian Point of Presence (PoP) Zon Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Undang Haji Adnan (DUHA), di sini semalam.

Program anjuran Maxis ini memberi pendedahan berkaitan jaringan internet yang lebih laju dan stabil. Dalam pada itu, Fahmi Fadzil turut menyampaikan sumbangan bagi pihak Maxis kepada para pelajar SMK DUHA yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Muhammad Akmal Amin Abd Razak, 18, yang memperoleh keputusan 7A, berkata beliau bersyukur dengan keputusan yang diperolehi setelah berpenat lelah mengulang kaji pelajaran.

“Antara resipi kejayaan ialah kita hendaklah sentiasa menghormati para guru dan sentiasa menjaga solat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda