Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Dua daripada Tiga Remaja Hanya Duduk atau Baring dalam Jangka Masa yang Lama – Anifah

By 8 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Haziq Ruslain (Labuan)

LABUAN, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Kajian mendapati dua daripada tiga remaja mengamalkan tingkah laku sedentari iaitu duduk atau baring dalam jangka masa yang lama manakala empat dariapada lima remaja adalah tidak aktif secara fizikal.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman, golongan remaja yang mengamalkan kehidupan yang tidak aktif meningkat pada tahun 2022.

“Dua hari yang lalu, dalam kenyataan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa sempena Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) atau program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan, remaja yang tidak aktif secara fizikal telah  meningkat daripada 50.1 peratus Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017 kepada 66.7 peratus (NHMS 2022) dalam kalangan remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun.

“Mengikut laporan NHMS 2019, didapati 25.1 peratus orang dewasa menjalani hidup tidak aktif, walaupun terdapat peningkatan berbanding tahun 2015 iaitu 33.5 peratus orang dewasa hidup tidak aktif.

“Terdapat keperluan untuk mempromosikan hidup sihat aktif kerana kadar penyakit tidak berjangkit (NCD) tidak berubah malah masih  meningkat,” katanya semasa merasmikan Karnival Kecergasan Labuan peringkat Labuan 2023, di sini pagi tadi.

Tambahnya, penganjuran karnival itu amat bertepatan kerana kecergasan membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan bertenaga, mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal dan mengurangkan faktor risiko  kesihatan.

“Hidup aktif dan melakukan aktiviti kecergasan merupakan salah satu  aktiviti yang dapat mengurangkan faktor risiko masalah penyakit  terutama NCD seperti penyakit jantung, diabetis, darah tinggi, obesiti dan sebagainya,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr. Francis Paul.

-ZS-

Tinggalkan komen anda