Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Penjawat Awam Perlu Ganding Bahu Pastikan Inisiatif Kerajaan Sampai kepada Rakyat – Aminuddin

By 8 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nor Syukri Norizan

SEREMBAN, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Sembilan yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini semalam menyaksikan kehadiran lebih 2,000 orang  penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Haji Aminuddin Harun, pejawat awam harus berganding bahu dalam semua aspek bagi memastikan segala usaha dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan sampai kepada rakyat.

Pada majlis tersebut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam selain keperluan menjaga kebajikan penjawat awam antaranya dengan menilai semula skim gaji.

“Kerajaan sedang berusaha membaik pulih ekonomi negara dengan memperbanyakkan pelaburan domestik dan asing,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhamad Nahar Mohd Sidek.

-ZS-

Tinggalkan komen anda