Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

HKN Beri Peluang Kembang Perniagaan

By 24 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud (Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Hari Koperasi Negara (HKN) memberi peluang peniaga dari seluruh negara memperkenal seterusnya menjual produk keluaran mereka.

Menurut Saloma Tuah, 57, dari Koperasi Keluarga Tuah Lawas, Sarawak menyertai HKN dapat peluang meluaskan perkhidmatan aksesori perkahwinan adat Brunei miliknya kepada masyarakat Brunei di negeri ini.

“Sebelum ini, mereka (bakal pengantin) terpaksa ke Lawas, Sarawak melalui perjalanan agak jauh untuk mendapatkan perkhidmatan sewaan aksesori perkahwinan adat Brunei.

“Ini kerana di sini tidak ada butik perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan seperti yang kami sediakan,” jelasnya ketika ditemui pada HKN yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Tambahnya, pengusaha butik perkahwinan atau mak andam di Sabah kini boleh mengambil peluang menjadikan aksesori Brunei ini sebagai suatu pilihan di butik mereka.

Sementara itu, seorang pengunjung Nur Naina Rabbiatul, 14, berminat mengetahui aksesori perkahwinan adat Brunei.

“Walaupun saya berbangsa Bajau tapi saya tertarik untuk memgetahui adat-adat kaum lain seperti kaum Brunei ini,” kongsinya.

Hari Koperasi Negara adalah anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berlangsung dari 21 hingga 23 Julai 2023.

-ZS-

Tinggalkan komen anda