Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Komuniti MADANI Sebagai Mata, Telinga Kerajaan

By 24 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Hazlina Tajuddin

SHAH ALAM, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyifatkan Komuniti MADANI berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan.

Katanya, Komuniti MADANI merupakan jentera barusan hadapan dalam menyalurkan maklumat dan dasar serta input keperluan pembangunan.

“Ia adalah rangkaian terbaik kerajaan dalam menyalurkan informasi sahih kepada masyarakat akar umbi secara bersemuka atau digital.

“Ahli Komuniti MADANI perlu melaporkan segera isu-isu 3R, kenaikan harga atau kekurangan bekalan makanan untuk disalurkan kepada pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Penyerahan Watikah Penubuhan Komuniti MADANI Negeri Selangor Zon Tengah, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Menurutnya, sebanyak 168 Komuniti MADANI secara keseluruhan bakal ditubuhkan di Selangor.

“Sehingga 20 Julai, sebanyak 50 daripada 87 Komuniti MADANI di Zon Tengah meliputi daerah Petaling, Klang dan Gombak berjaya diwujudkan,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda