Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kita MADANI Pupuk Semangat Perpaduan

By 7 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Hajar Kamis/Jaitripta Kaur

SEREMBAN, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Program Kita MADANI Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Terbuka Kampung Seri Batu 8, Labu, di sini kelmarin berjaya mengeratkan hubungan serta memupuk semangat perpaduan antara kaum sesuai dengan konsep Malaysia Madani yang mengutamakan keseimbangan dalam komuniti bagi pembangunan negara.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam ucapannya, berkata komitmen yang diberikan oleh semua pihak menunjukkan bahawa Komuniti Madani di sini telah menunjukkan contoh yang baik dalam mewujudkan semangat perpaduan.

“Sesungguhnya keberadaan tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini menunjukkan kesediaan komitmen untuk bersama-sama melaksanakan apa jua program yang dirancang menandakan bahawa Komuniti Madani di Negeri Sembilan sentiasa proaktif untuk bergerak sabagai satu pasukan yang mendukung semangat perpaduan demi kesejahteraan negara,” katanya.

Pengat labu dan koci labu menjadi menu pilihan selain dodol cair untuk gotong-royong memasak sempena program tersebut.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, pakaian beragam, Jualan bakul Rahmah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pameran agensi kerajaan dan swasta serta ceramah isu semasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda