Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

KMJG Medium Semarakkan Hari Kebangsaan

By 31 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Mohd Zahid Othman

JOHOR BAHRU, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang diadakan setiap tahun merupakan salah satu medium bagi menyemarakkan Hari Kebangsaan.

Pegawai Daerah Johor Bahru Haji Muzaldin Haji Mohamed, berkata melalui KMJG ini, kita dapat menyemarak dan menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos nanti bertemakan ‘Malaysia MADANI Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.

“Aspirasi yang didukung oleh kerajaan ini dengan bersatu hati membina sebuah negara bangsa yang kukuh, progresif dan maju serta mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

“Syabas diucapkan kepada Jabatan Penerangan atas penganjuran KMJG 2023 ini dengan pelbagai pengisian menarik sepanjang kunjungan kembara di setiap lokasi yang ditetapkan,” katanya ketika ucapan perasmian KMJG 2023 Peringkat Daerah Johor Bahru di Pusat Komuniti Kempas, di sini kelmarin.

Antara aktiviti diadakan pertandingan sepakan penalti, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran daripada agensi, pameran kereta berhias, penyerahan bendera, edaran Jalur Gemilang dan nyanyian lagu patriotik.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, Penasihat Kelab Permotoran BMW K16 Malaysia Datuk Seri Ahmad Shamsul Bahrin Mohd Hanafiah, Presiden Kelab Permotoran BMW K16 Malaysia Datuk Yusni Afindi Lokman, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Raja Alif Raja Sulaiman, Ahli Majlis Zon Kempas Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Suhaimi Ahmad, Ketua Kampung Kempas Permatang Airizam Bollah, ketua-ketua jabatan dan penduduk sekitar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda