Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PBKKJG 2023: Konvoi KMJG Semarak Kempen Kibar Jalur Gemilang

By 17 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/Jabatan Penerangan

IPOH, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Jalur Gemilang (KMJG) memulakan misi menyemarakkan Bulan Kebangsaan sejurus perasmian Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (PBKKJG) 2023 disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini semalam.

Ketua Penyelaras Konvoi Mohd Fairus Mohd Razali berkata, konvoi ini melibatkan kerjasama strategik antara agensi di peringkat persekutuan dan negeri serta badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kelab Permotoran BMW K16 Malaysia.

“Dalam menjayakan misi jelajah KMJG 2023 ini, peserta konvoi ini turut dianggotai oleh golongan profesional seperti penjawat awam, arkitek, jurutera, doktor, pensyarah, juruterbang, ahli perniagaan dan sebagainya.

“Berpegang kepada aspirasi ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, konvoi ini melibatkan peserta dari pelbagai latar belakang bangsa, agama, etnik dan peringkat umur bagi penganjuran di peringkat negeri dan daerah agar dapat menyuburkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat malaysia melalui kempen kibar Jalur Gemilang seterusnya meningkatkan sokongan terhadap dasar-dasar serta inisiatif kerajaan dalam konteks Malaysia MADANI,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda