Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Malaysia Berjaya Capai Sifar Malaria Lima Tahun Berturut-turut

By 17 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Negeri Kedah dipilih sebagai lokasi kedua program Inisiatif MADANI Afiat yang dilancarkan di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak, Selangor pada 9 Julai lalu.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, berkata Malaysia berjaya mencapai tahap sifar malaria manusia jangkitan tempatan dari tahun 2018 hingga 2022 iaitu bagi lima tahun berturut-turut.

“Namun begitu, Malaysia masih terdedah kepada risiko jangkitan semula kerana wujud kes malaria import daripada pekerja asing yang masuk ke Malaysia.

“Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) komited dalam menangani isu jangkitan malaria manusia dan malaria zoonotik secara tuntas.

Program di Padang Eupe, Taman Ria Jaya, di sini semalam diadakan bersama sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 melibatkan 285 orang jururawat serta pembantu perubatan dari dua institut latihan KKM iaitu Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Alor Setar dan ILKKM Kangar serta sukarelawan dan pemimpin komuniti setempat.

Menurut Dr. Zaliha lagi KKM telah menyiapkan pelan tindakan khas demi memastikan strategi yang dilaksanakan mengekang malaria mengikut standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Awam) Datuk Dr. Norhayati Rusli, Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Muhammad Taufiq Johari dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Datouk Haji Muhamad Arof Darus.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda