Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pekebun Kecil Makmur RISDA Peringkat Negeri Sembilan Dirai

By 8 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Pekebun-pekebun kecil diraikan dalam Program Pekebun Kecil Makmur RISDA Peringkat Negeri Sembilan, di sini kelmarin.

Menurut Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Sembilan Kamarulazizi Mat Zin, program ini dijalankan sebagai tanda keprihatinan pihaknya kepada para pekebun atas sumbangan mereka dalam membangun industri getah negara secara langsung di samping menyantuni permasalahan mereka.

‘’Program ini merupakan salah satu kaedah untuk kita berjumpa dan bersemuka dengan komuniti. Sekiranya terdapat permasalahan yang timbul ia dapat diselesaikan secara terus. Selain itu, pekebun kecil turut merupakan duta RISDA kepada masyarakat luar bertepatan dengan slogan pekebun kecil dan RISDA berpisah tiada.

“RISDA merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berfungsi untuk membangunkan masyarakat kecil melalui perladangan getah dan pembangunan aktiviti-aktiviti lain untuk mencapai objektif pendapatan sekurang-kurangnya RM4,500 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2025,” katanya.

Pelbagai aktiviti dijalankan di majlis tersebut antaranya demonstrasi masakan dodol, pertandingan dekorasi kek, pertandingan gubahan, reruai bantuan RISDA dan sebagainya.

Turut hadir Pengerusi RISDA Datuk Seri Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda