Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PUSPAL Diarah Tambah Baik Garis Panduan Konsert Artis Luar Negara – Fahmi Fadzil

By 23 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) untuk menambah baik tatacara penganjuran persembahan artis luar negara di negara ini.

Menurut beliau, ianya sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kejadian biadab yang berlaku pada konsert kumpulan rock Britain The 1975 pada Festival Good Vibes 2023 di Sepang, kelmarin.

“Kebanyakan garis panduan yang telah ditetapkan oleh PUSPAL adalah jelas dan dalam insiden seperti ini kita lihat berlaku keadaan yang sangat keterlanjuran, sangat biadab.

“Untuk pastikan ianya tidak berulang, saya telah mengarahkan supaya PUSPAL memberikan kepada saya minggu depan senarai penambahbaikan atau pun pembetulan atau garis panduan yang perlu dibuat, sama ada sebarang tatacara permohonan dan proses.”

Fahmi berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Watikah Komuniti MADANI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pusat Komuniti Pantai Eco Park, di sini semalam..

Mengulas lanjut beliau berkata, PUSPAL telah menyenarai hitamkan The 1975 daripada membuat sebarang persembahan di Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda