Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)
MELAKA, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Tamrin Tun Ghafar telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Mutiara Mubarak Negeri Melaka sempena Sambutan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) ke-30 tahun Negeri Melaka di Hotel La Crista, di sini semalam.
Beliau merupakan anak mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang juga Mantan Ketua Menteri Melaka ke-2 Allahyarham Tun Ghaffar Baba.
Menurut Yang Dipertua MUBARAK Negeri Melaka Nazari Adzim penganugerahan ini diberikan atas faktor mengenang jasa dan bakti yang diberikan oleh individu selaku wakil rakyat dalam tempoh perkhidmatan di mana telah diwarisi oleh kaum keluarga yang terdiri daripada anak-anak serta cucu cicit yang masih berbakti kepada masyarakat.
“Pada kali ini, MUBARAK Negeri Melaka telah mengiktirafkan 10 penerima yang merangkumi tiga kategori iaitu politik, perkhidmatan awam serta korporat dalam memberikan penghargaan yang sewajarnya atas kepimpinan mereka menerajui negeri Melaka,” katanya.
-ZS-