Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Dataran Jeti Telok Berembang Kini Berwajah Baru

By 21 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Dataran Jeti Telok Berembang yang dahulunya tidak terurus kini berwajah baru dan dimanfaatkan oleh penduduk setempat untuk mengadakan program Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer jeti ini yang dahulunya hanyalah dataran tanah merah.

ā€œApabila berlakunya kejadian air pasang, air sungai akan melimpah dan menyebabkan kawasan dataran di jeti ini akan ditenggelami air dan berlecak.

“Dengan peruntukkan sebanyak RM200 ribu daripada Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (ICU JPM) kerajaan telah membaik pulih dan menaiktaraf dataran di Jeti Telok Berembang ini,ā€ ujarnya, di sini semalam.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di dataran itu nanti dijangka menarik tumpuan orang ramai kerana pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pertandingan bot berhias dan persembahan silat kanak-kanak daripada Persatuan Silat Cekak Harimau Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda