Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Desa Cerdas dan Hari Potensi KEMAS Lahir Masyarakat Berpengetahuan, Pupuk Nilai Murni

By 8 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Farihah Mohamed Rahim (Jeli)

JELI, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Desa Cerdas dan Hari Potensi KEMAS bertujuan untuk melahirkan masyarakat desa berpengetahuan, berketerampilan dan sikap yang baik dalam memenuhi kelangsungan hidup dan meningkat kualiti hidup.

“Ia juga dapat mencungkil bakat, memupuk nilai-nilai murni, membentuk keyakinan diri, memberikan kecergasan mental dan ketangkasan fizikal, mengembangkan minat, kreativiti dan estetika serta menghargai warisan budaya dalam kalangan kanak-kanak prasekolah,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata demikian ketika merasmikan Program Desa Cerdas dan Sambutan Hari Potensi KEMAS, di sini semalam.

Program ini melibatkan kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Jeli yang berentap bagi menentukan mewakili Parlimen Jeli ke Hari Potensi KEMAS Peringkat Negeri Kelantan.

Pelbagai aktiviti menarik berlangsung seawal pukul 8.00 pagi seperti gunting rambut percuma untuk 100 orang terawal, pembukaan akaun Tabung Haji percuma, demonstrasi masakan, pertandingan kemahiran kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran jabatan dan agensi kerajaan.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (Felcra), Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Datuk Zawawi Othman, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Hj Harun dan Ketua Pengarah KEMAS Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda