
Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Muhammad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) telah mencatatkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM2.7 bilion pada tahun lalu.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, kementeriannya sentiasa memberi sokongan padu bagi pelaksanaan KBBM yang dilihat berpotensi tinggi dalam menjana ekonomi negara.
“Pelaksanaan KBBM telah menunjukkan potensi yang tinggi dalam menjana ekonomi negara memandangkan ia berupaya menahan aliran wang keluar.
“Kita seharusnya bangga sebagai rakyat Malaysia dan menggunakan barangan tempatan atau dalam bahasa Inggerisnya, ‘Proud to be Malaysian, Proud to use Malaysian product.’
Seru Fuziah mengajak rakyat Malaysia untuk cintakan dan sokong barangan buatan tempatan.
Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan kementeriannya juga sentiasa komited dalam memastikan produk atau jenama Malaysia dapat diperluaskan pasarannya menembusi pasaran dalam dan luar negara selain memastikan produk-produk buatan tempatan seperti kraftangan dan perabut juga dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
KPDN menyasarkan peningkatan nilai jualan KBBM sebanyak 2.5 peratus pada tahun ini.
-ZS-