Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

RAKYATpreneur dan UNIpreneur Bank Rakyat Bantu 800 Usahawan Asnaf

By 18 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur berupaya memberi impak kepada usahawan dan pelajar universiti daripada golongan asnaf.

Program inisiatif kewangan sosial di bawah rangkuman program iTEKAD yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan mambantu golongan asnaf yang menghadapi kekangan dalam mendapatkan bantuan dan sumber kewangan bagi memastikan kelestarian perniagaan mereka.

“Inisiatif ini memasuki tahun ketiga dan ianya seiring dengan hasrat kerajaan bagi menyokong agenda Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030),” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benadick.

Menurut Ewon Benadick program ini disertai 300 usahawan RAKYATpreneur dan 500 usahawan UNIpreneur.

Pelajar jurusan Sains Politik Universiti Islam Aantarabangsa Naufal Nazri, 26, berkata UNIpreneur telah membantunya untuk berniaga secara online.

Bagi usahawan Nurulhuda Amit, 42, beliau menerima sebanyak RM3,000 melalui Rakyatpreneur semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya menjual maruku keju secara online yang kebanyakan jualan dan pembelian adalah secara pukal.

“Rakyatpreneur turut memberikan kursus kewangan, modul latihan dan bimbingan secara holistik,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda