Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kembara Mahkota Johor 2023 Menyatukan Elemen Perpaduan

By 8 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Konvoi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 di Daerah Batu Pahat yang diadakan di Pusat Pertanian Parit Botak, di sini semalam disambut meriah oleh penduduk berbilang bangsa.

Penduduk turut teruja dengan kehadiran Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang merupakan Ketua Jelajah KMJ 2023 pada tahun ini.

Penyelaras Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Batu Pahat Mohd Faizal Abas, berkata persembahan kebudayaan Daerah Batu Pahat adalah cetusan idea daripada Pegawai Daerah Batu Pahat dan direalisasikan olehnya.

“Sebanyak empat persembahan tarian dipersembahkan ketika majlis santapan antaranya Mari Kita Ke Ladang, Bunga Hutan, Riwayat Petani dan persembahan lagu Soni Soni yang merupakan lagu daripada filem Mohabbatein.

“Persembahan ini melibatkan artis budaya dan pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Batu Pahat yang membawa elemen perpaduan antara kaum serta suasana perkampungan, aktiviti petani dan sukan tradisi oleh sekumpulan penduduk kampung,” ujarnya.

Sambutan di Daerah Batu Pahat pada kali ini bertemakan pakaian petani dan penduduk kampung suatu ketika dahulu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda