Laporan/foto: Alias Jaafar/Berry Taimin (Sabah)
TUARAN, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Deretan gerai kelapa jualan bakar yang terletak di Sulaman menjadi tarikan pelancong ke daerah Tuaran.
Menurut seorang pengusaha Ahmad Junaidi, 35, kehadiran pelanggan ke gerainya sangat memberangsangkan terutamanya pada hujung minggu, cuti umum dan cuti persekolahan.
“Pelanggan yang datang bukan sahaja pengunjung tempatan dan dalam negara malah turut dikunjungi pelancong dari luar negara.
“Selain kelapa bakar, biasanya pelanggan datang bagi menikmati kelapa muda dan puding kelapa,” jelasnya ketika ditemui di gerainya pada Ahad.
Tambahnya pelbagai makanan laut seperti kerang bakar, udang bakar, ikan bakar, sotong bakar turut dijual.
Bagi seorang pelanggan Marelina Jelson, 26, gerai jualan kelapa bakar di Tuaran merupakan destinasi yang mesti dikunjunginya sekiranya ada kesempatan.
“Sambil minum air kelapa, kita juga boleh menikmati pelbagai jualan dan menu makanan yang terdapat di sini,” kongsinya.
Untuk rekod, gerai kelapa bakar ini hanya kira-kira 16 kilometer jaraknya dari bandar raya Kota Kinabalu.
-ZS-