
Laporan/foto: Sheikh Mohamed Nazim Sheikh Abd Kadir
SEGAMAT, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Kesihatan Malaysia Dr. Zaliha Mustafa telah meluangkan masa bersama 40 orang yang terdiri daripada penduduk FELDA Redong dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti mendaki Bukit Botak, semalam.
Menerusi aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Sekijang ini, peserta dapat menikmati udara segar serta pemandangan cantik di Bukit Botak tersebut.
Fatin Izzati, 34, berasa teruja melihat pemandangan cantik di Bukit Botak selepas penat lelah mendaki dan ini merupakan kali pertama ia mendaki bukit tersebut walaupun sudah lama menetap di Daerah Segamat.
Menurut penduduk FELDA Redong, Harun Simbon, 70, beliau berasa gembira kerana Dr. Zaliha Mustafa sanggup meluangkan masa untuk mendaki Bukit Botak serta beramah mesra dengan masyarakat setempat di Felda Redong walaupun mempunyai jadual yang padat.
Turut hadir Pengarah Pejabat Kesihatan Daerah Segamat Dr. Zaid Kassim.
-ZS-