Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kulim ke Arah Bandar Berteknologi Pintar

By 28 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juliana Ibrahim/Sarah Abd Halim

KULIM 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) Dr. Haji Nadzman Mustafa hari ini bersama Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan Teknologi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaaan (CIDB) Zainora Zainal telah memeterai memorandum kerjasama (MOU) pengemukaan pelan bangunan melalui sistem National Building Information Modelling (BIM) e-Submittion (NbeS).

“Majlis pelancaran NbeS ini bertujuan menghebahkan kepada pemain-pemain industri binaan yang beroperasi di kawasan utara agar bersedia mengunakan platform digital NbeS bagi pengemukaan pelan bangunan secara 3D Modelling.

“MPKK merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negeri Kedah yang menyahut seruan CIDB melaksanakan NbeS,” kata Dr Haji Nadzman dalam ucapannya.

Menurut Zainora, melalui pelaksanaan sistem NbeS ini, tempoh masa kelulusan dapat disingkatkan dari 37 hari kepada dua hari sahaja.

“Pada peringkat permulaan MPKK menyasarkan pengunaan NbeS dan BIM ini kepada permohonan-permohonan industri sahaja memandangkan Industri Teknologi Tinggi merupakan hala tuju yang telah ditetapkan kepada Daerah Kulim dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035.

“Pelaksaanaan NbeS dijangka dapat memacu kemajuan industri seiring dengan perkembangan Taman Industri Berteknologi Tinggi (Kulim Hi Tech Park),” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Pertubuhan Arkitek Wilayah Utara (PAM) Ar Oii Sze Meng.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda