Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kursus TVET Bantu Jana Pendapatan Masyarakat Orang Asli

By 22 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasbella Hasim (Perak Tengah)

PARIT, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 10 peserta Orang Asli menerima Sijil Kursus Refleksologi menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Kampung Sungai Perah, di sini pada Ahad.

Menurut tenaga pengajar refleksologi Rosdziah Mohd Zainudin, kursus ini julung kali diadakan dan bakal membantu menjana pendapatan peserta.

“Penduduk Orang Asli juga tidak perlu keluar untuk menikmati kemudahan urutan kaki selepas ini kerana ada antara mereka yang sudah memiliki sijil kursus refleksologi,” katanya yang juga pengurus Spa Rose Prestige.

Sementara itu, peserta Norsuridawaty Uda, 21, berkata sebagai permulaan dia akan menawarkan perkhidmatan urutan kaki ini di rumah ataupun ke rumah pelanggan.

“Bayaran yang dikenakan terserah kepada pelanggan untuk menentukan,” katanya.

PASAK turut memberikan elaun sebanyak RM500 kepada peserta bagi menjalani kursus ini yang telah berlangsung selama lapan hari bermula dari 13 hingga 20 Ogos lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda