Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Projek SMART SBB MADA Mampu Meningkatkan Pengeluaran Padi dan Beras Negara

By 22 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

SIMPANG EMPAT, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Mini Sekinchan MADA mampu meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara pada masa akan datang.

“Adalah menjadi harapan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) agar projek ini membangun dalam meningkatkan hasil tanaman padi peserta padi ke arah 8.00 tan per hektar dan mampu meningkatkan 80 peratus keperluan beras negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata demikian ketika menyempurnakan sesi penuaian padi projek SMART SBB Mini Sekinchan MADA di Kampung Lat 1000, di sini semalam.

“Pihak MADA akan meneruskan projek SMART SBB ini di kawasan MADA Wilayah II, Kampung Tok Mengkula, Ayer Hitam, Projek PPSB Gulau di Pendang dan MADA Wilayah IV, Kampung Tok Jering,” ujarnya.

Projek ini telah diusahakan oleh 78 orang peserta dan dilaksanakan selama dua musim dengan 28 orang peserta melibatkan keluasan tanah 97.70 hektar di Kampung Lat 1000 manakala 75.268 hektar melibatkan 51 orang peserta di Kampung Tok Mengkula, Kedah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda