Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kesan Awal, Banteras Awal

By 22 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh telah mengambil inisiatif untuk pengesanan awal kanser dalam kalangan penduduk setempat dengan menjalankan Program Karnival Kesihatan dan Keselamatan DUN Ayer Keroh, di sini kelmarin.

Menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh Kerk Chee Yee, penganjuran program ini dapat memberikan kesedaran kepada penduduk setempat mengenai kesedaran bahaya kanser dan pentingannya menjalankan saringan awal.

“Program yang dibawakan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan ini memberikan peluang kepada golongan B40 dengan memberikan saringan kanser secara percuma.

“Golongan M40 serta T20 juga hanya dikenakan bayaran sebanyak RM50 bagi menggalakkan penduduk setempat mengambil peluang dalam pengesanan awal kanser.

-ZS-

Tinggalkan komen anda