Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Muzium sebagai Institusi Jati Diri dan Perpaduan Masyarakat

By 1 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Institusi muzium di Malaysia memainkan peranan yang penting dalam pembentukan jati diri dan perpaduan masyarakat yang sihat, demikian menurut Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang.

Katanya, Kementerian Perpaduan sentiasa menyokong usaha Jabatan Muzium Malaysia dalam memartabatkan institusi ini sebagai entiti penting dalam negara.

“Sesuai dengan tema Hari Muzium Antarabangsa (HMA), ‘Muzium, Kemampanan dan Kesejahteraan’ pada tahun ini, muzium dilihat sebagai institusi penyumbang utama kepada kesejahteraan dan pembangunan mampan masyarakat seluruh dunia,” katanya, di sini semalam.

Jabatan Muzium Sarawak sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah selepas penganjuran kali pertama pada tahun 2003 dan kali kedua pada tahun 2013.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir merasmikan majlis yang diadakan di Muzium Budaya Borneo, di sini.

Sebanyak 27 buah muzium negeri dan agensi mengambil bahagian dalam sambutan pada tahun ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda