
Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)
KUCHING, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Tahap kesiapsiagaan sekretariat dan agensi tindak balas di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dipertingkatkan dengan penganjuran Bengkel Penyelarasan Operasi Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada Rabu dan Khamis lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim pada majlis penutup Bengkel Penyelarasan Operasi Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, berkata bengkel tersebut diadakan agar perbincangan dan pertukaran pandangan dapat diadakan supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang bencana di mana berdasarkan peraturan sedia ada setiap negeri.
Sementara itu, Pegawai Cawangan Pengurusan Bantuan Bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Mohd Al Hafiz Hamzah, 40, berkata penganjuran bengkel seumpama itu amat baik untuk melihat koordinasi antara agensi dalam melaksanakan pengurusan bencana.
“Diharap bengkel simulasi juga akan turut diadakan sebagai latihan untuk menilai kesiapsiagaan agensi masing-masing ketika bencana berlaku,” katanya.
Bengkel selama dua hari anjuran NADMA bersama JPBN Sarawak telah disertai kira-kira 120 orang pegawai dan anggota daripada 25 sekretariat serta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak dan Telekom Malaysia.
-ZS-