
Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Mohd Khairulnizam (Negeri Sembilan)
SEREMBAN, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Semarak Gemilang Malaysia Madani dan Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama sempena ulang tahun Mydin ke-66 di Seremban 2, telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, di sini hari ini.
“Karnival Jualan ‘Kita MADANI’ menjanjikan penjimatan sehingga 60 peratus di Mydin bagi barangan keperluan serta barangan keperluan harian antaranya pakaian dan alat tulis,” ujar Fahmi Fadzil.
Kempen ini turut mendapat kerjasama lebih 50 rakan strategik dan pembekal antaranya MBSB Bank, Setel, MyDebit, Boost, OPPO, P&G, Unilever, Wipro dan banyak lagi.
-ZS-