Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Program Jalinan Integrasi Kukuh Kefahaman Tentang Budaya Sabah

By 11 Ogos 2023Ogos 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip /Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Jalinan Integrasi Penjawat Awam 2023 mengukuhkan kefahaman para peserta terhadap budaya, bahasa dan adat resam masyarakat sabah.

Menurut Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui menerusi program ini dapat memberi pengalaman sebenar dan merasai sendiri suasana masyarakat setempat.

“Program ini mengukuhkan integrasi nasional melalui perlaksanaan aktiviti seni budaya dan sukan yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Dewan Balung Cocos di sini, pada Khamis.

Seorang peserta, Adleen Haikal, 27, bertugas di Jabatan Penerangan Sabah dan berasal dari Kelantan berasa bertuah terpilih untuk menyertai program tersebut.

“Saya berasa terharu dan bersyukur telah terpilih menjadi salah seorang peserta program keluarga angkat ini.

“Diharapkan agar program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Seramai 38 penjawat awam dari pelbagai Kementerian telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing bermula 10 sehingga 12 Ogos 2023.

Tinggalkan komen anda