Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Semangat Wanita di Hari Kebangsaan Bawa Kemenangan

By 1 September 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Rasidi/WI Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 1 Sep (Malaysiaktif) – Berkat kesungguhan dan semangat patriotisme, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) telah diumumkan memenangi acara Sepanduk Terbaik dan Johan Keseragaman dan Kekemasan Kontinjen Perbarisan (Persatuan dan Swasta) di sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung semalam.

Ujar Bendahari WI Khalijah Ismail, 51, alhamdulillah, syukur dengan semangat kerjasama dan kegigihan selama 10 hari  berkampung di rumah WI bersama pasukan daripada melukis sepanduk, menghias kereta berhias dan latihan perbarisan, kami menang untuk dua kategori.

“Slogan kami WI Sihat, Anggun, Ceria telah kami terapkan dalam hasil kerja kami dengan jiwa dan sifat seorang perempuan yang kemas dan cantik, ciri-ciri kewanitaan serta penuh dengan dedikasi kepada negara Malaysia,” katanya.

Menurut Khalijah, penyertaan 27 ahli pasukan WI dalam perbarisan Hari Kebangsaan kali ini serta kejayaan yang dikecapi akan meningkatkan lagi semangat patriotik mereka iaitu golongan wanita untuk terus berbakti kepada negara Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini disambut dengan meriah sekali di daerah Cameron Highlands dengan penyertaan seramai 26 kontinjen dan 18 kereta berhias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda