Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Aneka Pilihan Bubur di Warung Bubur Perak

By 22 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aniss Rahin/Suriani Ghazali (Perak Tengah)

TITI GANTONG, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian makanan tradisional khususnya aneka bubur di Warung Bubur Perak pastinya menggamit pengunjung untuk singgah khususnya mereka yang gemarkan juadah ini. Lebih-lebih lagi bubur merupakan hidangan popular yang sinonim dengan masyarakat Melayu terutama bagi sajian minum petang.

Warung ini terletak berhadapan Kompleks Pertanian Titi Gantong di tepi Lebuhraya Ipoh, Perak dan merupakan antara satu-satunya gerai yang menyajikan 12 jenis bubur.

Difahamkan, beberapa jenis bubur menjadi perhatian orang ramai di warung ini seperti bubur anak lebah, bubur pengat ubi keladi dan bubur pengat pisang.

Seorang pelanggan, Amir Muslim Mohd Johor, 67, memberitahu dia amat meminati kesemua jenis bubur yang dijual dan kerap singgah sekiranya kebetulan melalui jalan ini.

“Bubur yang paling saya minat adalah bubur lambuk dan bubur anak lebah. Bubur anak lebah merupakan makanan warisan tradisi Perak dan amat popular di daerah ini terutama di kawasan Bota.”

“Menariknya lagi, penyediaan masakan ini agak unik dan merumitkan sehingga memerlukan kemahiran tertentu menyebabkan hanya air tangan orang lama sahaja dapat membuatnya,” ujarnya yang juga pelanggan tetap warung ini.

Tambah Amir, bubur anak lebah ini kebiasaanya hanya ditemui ketika majlis keraian seperti majlis perkahwinan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda