
Laporan/foto: Lim Poh Choo/Marianne Inya Thomas (Sarawak)
KUCHING, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) yang telah diadakan di Stadium Perpaduan, di sini kelmarin sempena sambutan Hari Malaysia 2023 telah mendapat sambutan luar biasa.
Salah seorang pengunjung Kamariah Abdullah, 60, yang telah berkunjung ke situ seawal pukul 9.00 pagi, berkata PJR amat sesuai kerana sangat membantu rakyat.
Pendapat yang sama turut dikongsi oleh Mastura Atai, 39, dari Kampung Sejingkat, Bako di sini, berkata PJR adalah sangat membantu khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Tambahnya, beliau mendapat tahu mengenai jualan tersebut dari media sosial dan menurutnya sambutan adalah sangat luar biasa.
-ZS-