Skip to main content
Berita TempatanPutrajaya

Biar Betul! Segmen Khas Terbaharu RTM Menangani Berita Palsu dan Fitnah – Fahmi

By 27 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim

PUTRAJAYA, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) akan menerbitkan segmen khas ‘Biar Betul!’ bermula 1 Oktober ini sebagai usaha menangkis penyebaran berita palsu dan fitnah dalam kalangan masyarakat.

Segmen ‘Biar Betul!’ ini akan disiarkan setiap hari selepas slot Berita KANTA 744 di TV1 dan saluran berita RTM, serta diulang siar menerusi semua platform media sosial termasuk Radio RTM. Inisiatif ini merupakan kerjasama portal Sebenarnya.my seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan MyCheck.My seliaan BERNAMA yang berperanan menangkis berita palsu dan fitnah melalui pelbagai platform media.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa memastikan berita dan maklumat yang diterima adalah daripada sumber yang sahih.

“Ini antara usaha untuk memastikan bahan-bahan bersifat fitnah dan tidak betul dapat dikekang daripada tular,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Datuk Mohamad Fauzi Md Isa serta Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman.

KKD juga memohon kerjasama daripada semua pihak jika menerima sebarang maklumat yang meragukan, sila laporkan kepada:
Portal Aduan : https://aduan.skmm.gov.my/
Talian Aduan : 1800 – 188 – 030
Faksimili : 03 – 8688 1880
SMS : SKMM ADUAN [Butiran Aduan] SMS ke 15888
Whatsapp : 016 – 220 6262
E-mel : [email protected]

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda