Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Karnival Kita Madani Satukan Pemimpin, Jabatan Kerajaan dan Rakyat

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zamrud Laili Mohd Mustap/Shamsul Bahari Abdul Shukor (Seberang Perai Utara)

PERMATANG PASIR, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Bagi memperkukuhkan semangat perpaduan dan menyemarakkan lagi hubungan silaturahim antara pemimpin, agensi kerajaan dengan rakyat, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Karnival Kita Madani peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung semalam, di Masjid Asy-Syakirin dekat sini.

Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen Pulau Pinang Nur Azreen Abdul Rahman, berkata program Karnival Kita Madani merupakan salah satu platform terbaik dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada komuniti setempat dalam usaha mencapai konsep Malaysia Madani.

“Karnival ini juga merupakan salah satu platform penting bagi jentera kerajaan mendekati dan mendapat maklum balas di peringkat akar umbi,” katanya.

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Selain pameran agensi dan jabatan kerajaan, pelbagai aktiviti menarik turut dilaksanakan antaranya gotong-royong kenduri rakyat, sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan membuat kerabu dan pertandingan azan.

Penduduk Azniza Azali, 37, berkata program tersebut perlu diadakan secara berterusan kerana ianya dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.

“Saya juga ingin mencadangkan supaya lebih banyak lagi agensi dan jabatan kerajaan turut serta dalam aktiviti sebegini kerana ianya membantu masyarakat mendapat pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan dan dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan,” katanya.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang Sabri Said.

-ZS-

Tinggalkan komen anda