Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bermalam di Muzium Beri Pengalaman Berharga kepada Pelajar

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (LMS)/Muzium Matang

MATANG, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Muzium Matang menjadi salah satu muzium yang terpilih dari keseluruhan muzium di negara ini bagi Program Jom Bermalam di Muzium.

Ketua Muzium Matang Nor Aini Hassan, berkata program ini diadakan buat julung kalinya di Muzium Matang.

“Program mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada para pelajar di sekitar daerah Larut Matang dan Selama (LMS) dan bagi negeri Perak, hanya tiga buah muzium yang dipilih untuk mengadakan program ini.

“Program ini dilaksanakan bagi membuka peluang kepada para peserta untuk merasakan sendiri pengalaman bermalam di muzium yang penuh dengan barang bersejarah selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka,” ujarnya ketika merasmikan majlis penutup program di Dewan Seminar, Muzium Matang pada Sabtu.

Beliau turut berharap tradisi program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program yang berlangsung selama dua hari satu malam bermula Jumaat lalu mengetengahkan pelbagai pengisian menarik seperti aktiviti ikat dan celup, acara sukaneka, eksplorasi muzium dan persembahan tarian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda