Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kenderaan Berhias GiatMARA Warnai Penutup Bulan Kebangsaan 2023

By 15 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din/Norhayati Shamsu Anuar (Gua Musang)

GUA MUSANG, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis Penutup Bulan Kebangsaan turut disambut GiatMARA Daerah Gua Musang.

Menurut Pengurus Ahmad Rashidi Shamsudin, program ini diadakan setiap tahun dengan pelbagai aktiviti menarik yang disertai pelatih-pelatih.

“Aktiviti yang diadakan pada hari ini ialah ceramah berkaitan kemerdekaan yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Gua Musang dan pertandingan kenderaan berhias yang bertemakan kemerdekaan dan Hari Kebangsaan,” jelasnya.

Menurut tenaga pengajar Kursus Teknologi Automotif
Mohd Nurul Asrol Ramily, 40, beliau sanggup mengorbankan keretanya sendiri untuk dicorakkan dengan logo dan Jalur Gemilang bagi menyertai pertandingan hiasan kenderaan.

“Persiapan menghias kereta ini mengambil masa dua hari dengan bantuan pelatih-pelatih dari Kursus Teknologi Automotif dan saya amat berbangga melihat Jalur Gemilang dicorakkan pada kenderaan saya.

“Tenaga pengajar setiap kursus perlu menghantar pelatih dan rekaan bagi menyertai pertandingan kenderaan berhias dan kenderaan yang bertanding hari ini ialah hiasan kereta kancil dan motorsikal,” katanya.

Pertandingan pada kali ini dijuarai oleh tenaga pengajar dan pelatih dari Kursus Teknologi Motorsikal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda