
Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor/JBPM Kuala Selangor)
KUALA SELANGOR, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Operasi pemadaman kebakaran hutan gambut di Kompartment 99 Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor yang berlaku sejak semalam sedang giat dijalankan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor Mohd Raiz Radzuan, peratus pemadaman sebanyak 12.5 peratus sehingga 6 petang semalam dan operasi akan diteruskan sehingga selesai.
Operasi tersebut dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dibantu oleh agensi berkaitan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Perhutanan.
-ZS-