Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Nasi Kerabu Kini di Kota Kinabalu

By 15 September 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Warung Pok Di Kelate (Sabah)                                                          

KOTA KINABALU, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Penggemar nasi kerabu asli Kelantan di sekitar Kota Kinabalu pasti mengenali Warung Pok Di Kelate yang terletak di Sulaman, di sini.

Menurut pemilik restoran Mohd Mawardi Ismail atau lebih dikenali dengan Pok Di, 42, pelanggannya bukan sahaja daripada kalangan mereka yang berasal dari Semenanjung malah turut dikunjungi penduduk tempatan.

“Ramai pelanggan yang datang ke sini kebanyakkannya orang tempatan dan orang Semenanjung yang bekerja di sini.

“Waktu cuti sekolah, sambutan sangat menggalakkan daripada orang Semenanjung yang berkunjung ke sini,” katanya ketika ditemui di restorannya baru-baru ini.

“Menu istimewa yang melambangkan negeri Kelantan sudah pastinya nasi kerabu, nasi ayam berempah, laksa Kelantan, laksam dan pelbagai jenis lauk pauk, kuih muih dan minuman.

Seorang pelanggan, Clarice Appollnius, 35, yang pertama kali datang menjamu selera memuji makanan yang menurutnya sangat sesuai dengan seleranya.

“Saya suka dengan makanan di sini dan ia amat berbaloi dengan kuantiti makanannya.

Bagi Shazreena Faralynne Mohd Aming, 33, beliau berharap Pok Di dapat membuka cawangan di sekitar Kota Kinabalu atau Penampang.

“Dulu semasa belajar dan tinggal di kawasan ini, saya selalu makan di sini, kini jarang sudah sebab tinggal jauh.

“Rasa makanannya pun masih sama seperti dahulu juga,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda