Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Ops Serkap Jejak Aktiviti Pemalsuan Dokumen UNHCR

By 22 September 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 35 pegawai imigresen dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perlis yang diketuai oleh PPI Abd Halim Ismail telah menjayakan Ops Serkap di Kampung Permatang Pauh, Jalan Simpang Empat, di sini hari ini.

Pengarah JIM Negeri Perlis Khairul Amin Talib, berkata hasil aduan daripada orang awam, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap tujuh buah rumah di kawasan kampung tersebut dan  berjaya menahan seorang  lelaki berusia 30 tahun dan pasangan yang merupakan suspek utama entik Rohingya dan disyaki menjalankan aktiviti pemalsuan Surat Dalam Proses Pertimbangan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Katanya, modus operandi subjek adalah menerima permohonan melalui aplikasi media sosial ataupun pemohon hadir sendiri untuk mendapatkan surat permohonan tersebut.

“Setelah lengkap subjek akan memuat naik dokumen tersebut secara PDF melalui aplikasi Whatsapp atau lain-lain aplikasi dan dicetak oleh pemohon sendiri dengan bayaran sebanyak RM50 seorang.

“Hasil semakan di dalam komputer riba milik subjek mendapati seramai 200 orang etnik Rohingya telah dikeluarkan dokumen palsu tersebut dan digunakan juga di luar negeri Perlis,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pihaknya turut menemui sijil-sijil kahwin yang disyaki palsu untuk kegunaan pasangan etnik Rohingya yang turut disediakan oleh subjek utama kes ini.

“Turut dirampas beberapa peralatan elektorik untuk memproses permohonan palsu tersebut dan wang tunai berjumlah RM5,300.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 56(1A) (b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), manakala isterinya ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda