Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pasar Raya Besar Disaran Bantu Usahawan PMKS

By 23 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Pasar raya besar disaran untuk membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang simpan untuk mempromosi produk keluaran mereka.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, berkata produk keluaran usahawan PMKS sangat berpotensi dan berupaya menghasilkan jualan sehingga RM200,000 sebulan.

Menurutnya, melalui penyediaan ruang berkenaan, usahawan PMKS boleh mempamerkan produk mereka sekali gus membolehkan pelanggan membeli produk tempatan dengan lebih mudah.

“Saya melihat banyak produk tempatan yang memenuhi cita rasa dan mempunyai permintaan yang tinggi di negeri ini.

“Oleh itu, kita mengharapkan lebih banyak pasar raya yang sanggup memberi peluang kepada usahawan PMKS di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Papan Tanda Produk Usahawan IKS Sabah di Pasar Raya Sthamin Hilltop, di sini semalam.

Katanya, Pasar Raya Sthamin telah mengambil langkah terbaik dengan menjadi pelopor menyediakan ruang kepada lebih 50 usahawan PMKS mempamer dan menjual produk mereka.

Tambahnya, inisiatif yang dilakukan pasar raya berkenaan perlu disokong bagi membantu usahawan meningkatkan pendapatan masing-masing.

-ZS-

Tinggalkan komen anda