
Laporan/foto: Zaidy Salim/Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Perdana Mentei Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa bersuara menentang kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
Menurutnya, konflik dan krisis kemanusiaan di Palestin masih jauh daripada penyelesaian.
“Malaysia menggesa supaya satu usaha konkrit pelbagai hala bersepadu yang diterajui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu digerakkan bagi menyelesaikannya.
“Dunia kini amat terpolarisasi, dengan persaingan negara kuasa besar berlaku, yang natijahnya akan memberi kesan negatif kepada pelbagai negara, terutamanya negara-negara yang lebih kecil di rantau kawasan berkonflik itu,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Pernyataan Negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78 di New York, Amerika Syarikat, malam tadi.
-Bernama-